AN sQuared
Program Pertukaran Budaya -- Malaysia & Palembang Nov. 2011.
Thursday @ 2:22 AM | 0 Comment [s]


السلام عليكم and selamat sejahtera to all readers :)
this post is supposed to be sent/done/published within December - January.
but due to some problems, aida just mampu siapkan report ni dalam pertengahan February.
Alhamdulillah. okay, lets get started with the report.







Pada 24-30 November 2011, seramai 90 orang murid dari seluruh negeri di Malaysia termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah & Sarawak. Beberapa orang guru juga turut mengiringi.


Program ini bertujuan untuk berkongsi budaya dan cara belajar di antara pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia. Program ini berlangsung selama empat hari iaitu 26 hingga 29 November 2011.
Beberapa keping gambar kenang-kenangan telah diambil sepanjang berada di sana.


Tetapi, sebelum berangkat ke Indonesia, peserta-peserta terlebih dahulu menginap di asrama satu Malaysia untuk membuat persediaan dari segi persembahan dan pertukaran budaya semasa berada di sana.


Tanpa membuang masa lagi, mari kita saksikan segala gambar yang telah diambil :)














sebelum bertolak ke Indonesia,











semasa di Indonesia,


(Hari Pertama)
penerbangan ke Indonesia mengambil masa selama 1 jam 45 minit.
para rombongan program tiba di lapangan terbang Sultan Badaruddin II pada pukul 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia)
selepas melalui pemeriksaan kastam dan sebagainya disitu, para rombongan dibawa ke restoran atau "rumah makan" untuk menikmati makan malam di sana menggunakan bas yang disewa.
Sesudah selesai menjamu selera, kami dibawa pula ke hotel yang akan menjadi tempat penginapan selama 4 hari berada disitu iaitu Hotel Grand Duta.
para rombongan juga disertai dengan pemandu pelancong yang bernama Mbak Gusti (Cik Gusti).
Cantik dan ramah orangnya.






















(Hari Kedua)
selepas selesai bersarapan pagi, kami dibawa singgah di Benteng Kuto Besak oleh Mbak Gusti. Mbak Gusti juga telah membawa kami menaiki bot untuk melawati kawasan Sungai Musi, iaitu sungai yang terpanjang di Palembang berbekalkan panjang kira kira 750km. Selepas itu, kami dibawa pula ke Pulau Kemaro. Pulau Kemaro ini mempunyai ialah sebuah epik dan mempunyai kisahnya yang tersendiri. Untuk mengetahuinya, sila klik disini. Epik atau lagenda ini telah menyebabkan tempat ini menjadi terkenal dan dilawati oleh semua pelancong yang datang ke Palembang.

Sesudah itu, para rombongan dibawa pula ke Restoran Sederhana untuk makan tengahari. Memang tidak dapat dinafikan lagi, makanan makanan yang dihidangkan disitu sedap sedap belaka. Tidak rugi rasanya apabila mencuba sesuatu yang lain daripada lain.

Selepas itu, kami dibawa pula untuk menunaikan solat Zohor. disitu, terdapat sebuah kedai songket/batik yang besar sekali. Pelbagai jenis dan corak kain batik/songket dijual disitu. Kain songket juga terdapat dalam bentuk cenderahati seperti keychain, kotak songket, beg tangan dan sebagainya. Justeru, tempat ini sangat sesuai untuk membeli hadiah kenang-kenangan kepada ahli keluarga terutamanya ibu, emak saudara dan nenek.

Selepas itu, kami dibawa pula membeli belah di Pasar 16 dan Palembang Square. Semasa berada di pasar 16, para rombongan diingatkan agar berhati hati ketika ingin membeli belah kerana dibimbangi penyeluk saku. Tetapi alhamdulillah, sepanjang saya berada disitu, saya berkeadaan selamat dari pergi sehingga lah pulang. Harga barang-barang disitu murah murah belaka. Jika hendak dibandingkan di Malaysia, Indonesia jauh lebih murah dan Malaysia jauh lebih mahal.


Kami juga dibawa melawati tempat yang menjadi bekas tapak Sukan Sea yang ke-26 seperti stadium Gelora Sriwijaya, Jakabaring Aquatic Stadium dan sebagainya.
Pada malamnya pula peserta dibenarkan berehat di bilik masing masing.














































(hari ketiga)
hari yang paling kita nanti nantikan. Ia merupakan hari pertukaran budaya antara badan berunifom Malaysia dengan pramuka Indonesia.
disebabkan oleh ramai bilangan muridnya, lalu guru guru membahagikan murid murid kepada tiga kumpulan dan tiga sekolah samada SMA Palembang 1, SMP Plus Palembang 17 dan SMP Palembang 1.
Disebabkan saya berada di dalam Kumpulan 1, jadi saya berpeluang untuk ke SMA Palembang 1. untuk pengetahuan pembaca semua, SMA ialah Sekolah Menengah Awalan atau sistem persekolahan Malaysia menggelarnya sebagai Sekolah Kebangsaan.
Murid - muridnya berumur dalam kalangan 7-14 Tahun.
mempunyai 17 kelas dwibahasa dan 2 kelas biasa.
sekolah ini merupakan salah satu sekolah antarabangsa.
seperti yang anda lihat di bawah sini, salah satu gambar makanan itu ialah Pempek. Pempek ialah makanan yang paling terkenal di Indonesia. Pempek terdapat dalam pelbagai jenis dan pempek ini ialah pempek kapal selam.
seterusnya, ahli ahli pramuka juga hebat hebat belaka kerana mereka boleh berkawad menggunakan kayu dengan pantas dan cekap sekali. mereka juga mampu mengingati langkah langkah yang ada di dalam latihan kawad itu.












































(Hari Keempat - Terakhir)
selepas bersarapan, kami dibawa untuk membeli belah untuk kali yang terakhir di palembang square dan Ramayana shopping complex. kami harus bergerak awal kerana kapal terbang dijadualkan berlepas pada pukul 2 petang tetapi disebabkan kapal terbang "delay" jadi kami bertolak balik ke Malaysia pada pukul 4.30 petang dan tiba di malaysia pada pukul 6 petang.











bagi saya sendiri, program ini merupakan pengalaman yang terbaik pernah saya alami. Saya harap segala pengalaman dan ilmu yang dikongsi dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh semua pihak samada dari Indonesia mahupun Malaysia. akhir kata, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru guru yang telah menjaga saya sepanjang saya berada di Kuala Lumpur dan Palembang. Program ini juga telah menemukan saya dengan rakan rakan yang berlainan negeri. Malaysia and Indonesia, terbaik wok :D


photos credit to aqilla saidi, hani suhaila and myself.




also, thanks to Nurul Khairina sbb da bagi aida pnjam lappy. haha
p/s : gambar nty aku edit letak lain ye khai :P



XOXO AN




Older Post | Newer Post
Bonjour!


Hello there, call me Aida. Welcome to my blog. This blog is created for fun. I love to express my creativity and thoughts via blogging, no offence and feel free to read. Have a nice day. :)

Diary Owner


Wishlist




Recently ;
Prince Charming :))
UiTM Puncak Alam
Finals Sem 1
Finals Sem 2
Degree

Credits



★ Template by : Nuraisha Sofea
★ Basecodes by : Athira Zaidi | Shira Radzuan
★ Background by : 7th Disoder
★ Pictures by : WeHeartIt